Assalamualaikum dan salam rindu buat temat yang setia membaca cotretan duniaku ini.. agak lama tidak buat coretan pada blog ni.. masa yang penuh membuatkan sarah x berkesempatan..
hari nie 2 Mei 2013 , menandakan sudah 3 hari ibu berada jauh beribu batu dari sisi sarah untuk menunaikan ibadah di tanah suci makkah..berat hati nk lepaskan ibu untuk terbang ke tanah suci makkah.. namun bila difikir balik, itu adalah suruhan allah bg umatnya yang berkemampuan... ibu bertuah kerana menjadi salah seorang tetamu allah yang diizinkannya untuk menjejakkan kaki ke tempatNya..
sarah kuatkan hati dan perasaan untuk tidak menitiskan air mata meskipun setitk di hadapan ibu, namun jelas terpancar di raut wajah ibu, sedih untuk meninggalkan malaysia, berkaca mata ibu .. namun ibu tetap kuat... selepas melepasi pintu chek in, terus ibu x menoleh kebelakang, mungkin benar juga apa yg ibu lakukan.. mungkin jika ibu terus menoleh kebelakang, sarah pula yang akan menitiskan air mata...
ibu yang sarah kenal, seorang yang kuat semangat dan diri... insyaallah.. ct di sini sentiasa berdoa agar ibu disana dipermudahkan segala urusan , sihat tubuh badan untuk mengerjakan ibadah... ct tak sabar menanti kepulangan ibu... setiap malam ct bermimpi, dan kadang-kadang bila di rumah k.l.. terngiang-ngiang suara ibu memanggil .. salam rindu dari ct buat ibu yang jauh dimata beribu batu, namun ibu dekat dihati ct ....


No comments:
Post a Comment