HACKS

Monday, March 26, 2012

25 - 03 - 2012
satu majlis perkahwinan kawan AAS, fereeza nama pengantin tu...sungguh cantik, anggun dan ayu kelihatan dia di atas pelamin bersama suami tersyg.. bertuah badan..baru berumur 21 tahun dah berjaya mendirikan rumah tangga dan memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri..

perjalanan ke rumah pengantin mengambil masa kita-kira 1 1/2 jam, amat memenatkan, tapi bila dengar telatah kawan-kawan AAS yang flow dan tumpang kami, hilang cikit pent.. mereka tu juga sporting.. tak kering gusi dibuatnya..

selamat pengantin baru buat fareeza dan pasangannya... semoga rumah tangga awak selamat dan berkekalan hingga ke akhir hayat ..aminn..




selepas balik dari kenduri kawin , kami singgah pula berjalan-jalan dan cuci mata di dataran port dickson dan pantai teluk kemang... ramai sangat orang waktu tu... cuaca petang masih lagi panas terik.. tapi tak pe laaa... bukan selalu dapat jalan ramai-ramai cam tu.. 

kebetulan waktu tu ada pameran kuda dan ular... teringin juga nak pegang ular dan tangkap gambar, tapi itu pun kena cas mahal... kalau bawah rm 10 boleh lagi... hehe... untung ular tu yea.. last-last kami cuma jalan di persisiran pantai dan minum air kelapa... baru rasa sejuk cikit badan.... 





Friday, March 23, 2012

: selamat tinggal kenagan II :

selamat tinggal segala kenangan...

maaf diatas segalanya wahai kenangan ku... sesungguhnya aq hanya wanita... yang sangat sensitif dan mudah tersentuh.. duhai kenangan ku... akan ku buang mu jauh dari dalam hidup ku.. bukan niat untuk membenci, tapi aq harus lupakan mu wahai kenangan, aq bukan seorang pasangan yang curang, dan aq tak mahu lakukan itu terhadapnya, juga buat dirimu, sama-sama kita pertaruhkan kesetiaan kita terhadap pasangan masing-masing... aq tak mahu pasangan ku menangis dan kecewa gara-gara aq masih teringatkn kau kenangan.. 

segala gambar aq akan delte dan buang jauh dari hidup aq, kalau boleh aq x mahu brjumpe ngn mu lagi walaupun berselisih  bahu sekli pun, kerana ia akan meningtkan kmbali segalanya... maafkan aq sekali lagi wahai kenagan ku... halal kn segala kenangan yang pernh dilalui sewaktu dahulu....

ya allah, kau tabah kan hati aq.. jagn biarkan aq terus bersedih gara-gara kenagan lama, kuatkan laaa samngt aq untuk meneruskan hidup aq dngan orang baru... dan buat dirinya, ku doakan semoga dikau bahagia hendaknya....  aminn...

Thursday, March 15, 2012

: LCCT :

Balik Kampung :)











Selamat tiba :)

: KB MALL :

13 mac 2012
Terima kasih buat awak AAS, sebb sudi mengajak sarah keluar jalan-jalan di KB MALL kelantan.. x pernah sarah terlintas awak sanggup datang ke kampung sarah untuk jemput sarah dan bawa keluar... hehehe... gembira sewaktu tu... dan terima kasih sebab ajak makn di MC'D ....alhamdulillah kenyang sarah.... bila kenyang perut senang hati.. tapi itu laaa... x sempat nak keluar lama-lama sebb malam tu sarah ada majlis makan-makan bersama keluarga. ..... dan maaf sebb sewaktu jalan pulang, keadaan jalan raya disitu agak sesak... maklumlah ramai orang ambil kesempatan untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga tersayang mcam kite... hehehe :) terima kasih sekali lagi yea :)




Monday, March 12, 2012

8 - 03 - 2012
wonderland melaka

satu perjalanan yang jauh... dan juga satu peristiwa yang tak dirancang....
kami berempat ssaa, aas, ifa, aqmar akhirnya selamat sampai di WONDERLAND MELAKA... perjalanan yang memakan masa 1 jam memang memenatkan... namun perasaan gembira lebih menguasai fikiran kami, jadi kami semua tak laaa terasa penatnya perjalanan tu...

suasana dan keadaan di sana menyeronokkan, walaupun waktu tu pengunjung tak ramai tapi kami tetap bermandi manda disana.... kalau ramai sangat pun x best juga... sebb xde privrcy... tempatnya yang bersih dan luas... dan keselamatannya terjamin membuatkan kami yakin untuk mencuba segala permainan yang terdapat di situ ..... tapi ... seribu kali syg ifa dan aqma tak berani nk mencubanya... rugii korang taw x.. hehehehehe.... nak buat cam ner... cuma sarah dan AAS je laaa yang main permainan kat situ.... memang gayat dan takut... tp kami tetap kuatkan semangat juga... heheheh ..pening naik gelongsor yang macam pusaran air laut tu... tp apa yang mampu dikatakan  '' ia memang sangat menyeronokkan'' .... seronok tengok aqmar ajar ifa berenang... heheheh.. ifa ini.... saje je taw... manje manje lak die.. huhuhu .... 

Johnny's Restaurant's

setelah penat mandi manda, perut pula rasa lapar.. sebelum tu kami pusing-pusing di melaka... singgah kat Dataran Pahlawan, A Famosa, Kris Taming Sari ... sesudah solat bermulalah perjalanan kami mencari tempat makan... niat nak makan kt tepi persisiran pantai, tp dah malam pulak... jadi ifa memberi cadangan untuk makan di Johnny's Restaurant's di Dataran Pahlawan.. alhamdulillah kenyang juga kami makan Steamboat ... terima kasih yea buat mereka yang telah banyak berkongsi tenaga , $$ dan masa ... terubat juga kesedihan dihati sarah... 









: Teringin :

Sesekali ku rasa teringin
Melewati hatimu yang dingin
Mendengar keluh resah
Semenjak kau kehilanganku

Tiap kali ku cuba hampiri
Makin deras degup jantung ini
Diranjang kian sepi
Ku sendiri...

Sesungguhnya tewas menghadapi
Malah ku akui sepi menghantui
Paling tidak berilah peluang
Ku berterus terang

Adakala ku rasa teringin
Bermesra denganmu bagai waktu dulu
Tapi bilakah semua ini
Akan jadi pasti bukan lagi mimpi
Kasihani diriku...

Ku wanita dengan airmata
Bukan untuk meminta simpati
Sekadar melepaskan
Rasa hati....

Ku mengharapkan...
Jendela hati...
Terbuka lagi...

Saturday, March 10, 2012

: Tapi , Namun , Walaupun begitu :

maafkan saya sekiranya saya lukakan hati awak
maafkan saya jika saya buat awak menangis
maafkan saya jika saya yang buat awak marah
maafkan saya jika awak dah berubah dan tak seperti dulu lagi
maafkan saya jika saya angkara samua ini berlaku....

tapi

saya terlalu kecewa dengan awak
saya terlalu malu dengan apa yang awak dah lakukan
saya terlalu sedih dengan apa yang dah terjadi
saya terlalu marah jika awak buat begitu
saya terlalu kecik hati dengan kata-kata awak
saya terlalu sensitif

namun

saya juga punya perasaan
saya juga ada naluri
saya juga boleh menangis jika awak buat begitu
saya juga ingin memberontak

walaupun begitu

saya tetap anggap awak kawan saya
saya tetap kenangkan kenangan kita
saya tetap rindukan awak yang dulu
saya tetap sygkan awak....

:( mood : tak menentu.....

Sunday, March 4, 2012

: Hati :

hati ini masih sukar untuk lupakan kenangan-kenangan yang pernah dilalui.... kenapa sarah x kuat untuk menghadapi  masalah sendri...sedangkan masalah orang sarah dapt hadapi dan selesaikannya dengan tenang... Ya Allah, kau gembirakanlah hati aku ini , jangan lah biarkn hati aku terus menangis dan merana.... 

memang benar kata orang, tak mudah untuk lupakan segala-galanya dalam jangka masa yang singkat ... adakah faktor persekitaran yang membuatkan sarah sukar untuk lupakan segalanya.... mungkin btol... mungkin sarah perlu berada lebih jauh dari masalah ini... bukan untuk lari tp untuk melupakan kenangan yang membelenggu... 

buat awak... terima kasih sebab sudi menjadi kawan dikala sarah memerlukan... maaf sebb TERmenangis di sisi awak... sarah kecik hati sangat dengan seseorang tu dan diri sarah sendiri  sehinggakan air mata terus mengalir tanpa sedar awak ade disisi....  kecian awak, basah baju gara-gara air mata sarah... benar kata awak.. ''' anggaplah kita kawan, agar sarah selesa untuk berkongsi masalah '''....  DITELAN MATI MAK, DILUAH MATI BAPA ....

Saturday, March 3, 2012

: 6 Cara Atasi Ego Lelaki :

Untuk mengawal atau mengatasi ego seorang lelaki adalah suatu perkara yang agak sukar. Tetapi ianya tidak mustahil kerana lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Berkemungkinan anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian untuk mengatasi ego mereka. Ianya memerlukan sedikit kesabaran dan masa untuk anda berjaya mengatasinya. Terpulang kepada kreativiti anda sendiri untuk menggunakan pendekatan yang dirasakan sesuai.
Dengar apa yang mereka katakan- Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.
Buatkan mereka berasa bijak- Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.
Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO- Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.
Pujian- Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.
Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik- Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapannya
Buatkan mereka merasakan merekan betul- Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya.

: 3 - 3 - 2013 :

3 - 3 - 2013

cantik sangat date tuu.... tak sabar untuk sarah menanti saat bertemunya 3 - 3 -2013.... adakah pada tarikh itu akan membuatkan sarah bahagia... ?? suka suka suka sangat tarikh tuuu .... harap-harap ia menjelma lebih awal dari jangkaan... ( ^___^ )

: COKLAT :


TERIMA KASIH
awak
untuk coklat nie... 

(^_^)


Friday, March 2, 2012

: Terima Kasih Sekali Lagi :

1-3-2012
Salamm... 
dan selamat pagi.... uwaaaa..... bngun lebih awal ..hari nie kan hari jumaat ..hehehe....  penat semalam pun tak hilang lagi..... aaaaa.....

hurm... kali nie sarah nak ucapkan terima kasih pada 3 orang kawan....... iaitu .... <3

terima kasih AAS ....
sbb...
awak bawa sarah g jalan-jalan g sana, g  sini, g sinuuunn,,, heheheh.... walaupun badan dan mata awak pnt dan ngantok.... tapi.. awak tak pernah jemu bawa sarah ke mana-mana dan bawa sarah ifa aqma ke the mines semalam... terima kasih sekali lagi yea awak.....  

terima kasih IFA ....
sbb...
semalam fa belanja kami makan CHIKEN RICE tTHE MINES....  sedap fa sarah makan.... kenyang sangat-sangat...smpaikan lepas mkn ...sarah dah tak mampu nk berjalan lagi... hehehehe... walaupun fa tak sihat ...tp fa tetap tunaikan janji fa..heheheh....  semoga fa cpt sembuh taw.... kan dah ada DOMO baru...heheheh

terima kasih AQMA ....
sbb...
semalam juga aqma belanja kami tengok wayang... hehehehe... comel sangat citer tu ma.... CINTA KURA-KURA..... nasib baik aqma dah sihat... aqma jgan demm-demm lgh taw.... nnti fa pkse mkn  ubt... klu x mkn ubt nnti kne cubit... hehehe........

terima kasih sekali lagi,
ade rezeki giliran sarah pula....  :)





♥♥ BfDaY gIrL ♥♥

Daisypath Happy Birthday tickers

aasssaa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers