♥ Anak Tunggal Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan. Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah : * sering merasakan diri mereka kesunyian. * lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai. * lebih bijak bergaul. * lebih cepat matang. * terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat. * sukar nak bertolak ansur dengan orang lain
No comments:
Post a Comment