HACKS

Wednesday, March 23, 2011

B-e-r-m-u-l-a-n-y-a : D-i-s-i-n-i

   Bermulanya kehidupanku selepas dilahirkan pada 27-okt-1991 di Hospital USM...dan lahirnya saya tanpa kasih sayang seorang insan yang bergelar abah..setelah berpisah dengan ibu..Lahirnya juga saya ke dunia yang penuh dengan dugaan, cabaran dan kasih sayang  hanya ditemani IBU iaitu insan yang paling ku sayang dan tidak ada emas segunung yang dapat menggantikan dirinya.

   IBU..itulah insan yang telah banyak berkorban demi membesarkan anaknya dalam penuh kesedihan dan dugaan yang terlalu berat untuk ditempuhi..namun IBU seorang yang tidak mudah berputus asa dan patah semangat untuk menyediakan segala kelengkapan diri ku, memberi kasih sayang sepenuhnya dan kasih sayangnya BAGAIKAN MENATANG MINYAK YANG PENUH... sedikit pun ibu tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu malah ibu sentiasa berpesan.... comel mesti belajar rajin-rajin..cuma comel yang ibu harapkan..comel sorang jer anak ibu..buktikan pada semua tanpa nya, comel mampu hidup berjaya dan menjadi anak yang solehah...mendengar nasihat ibu lah saya terus bersemangat untuk terus berjaya ...

  Namun sekarang segalanya telah berubah...ibu tidak lagi dalam kesepian dan kesedihan..hatinya telah diketuk oleh seorang insan yang ku gelar AYAH...insan yang penuh kasih sayang dan telah memberikan kasih sayangnya kepada ibu dan saya... bersyukurnya saya kepada ALLAH kerana mengurniakan saya dan IBU seorang AYAH yang cukup penyayang , sabar , lawak, sporting, dan ayah adalah AYAH yang terbaik yang saya ada selain ABAH...

   Terima kasih buat AYAH dan IBU yang telah banyak bekorban untuk saya dalam membesar dan mendidik saya serta sabar melayan telatah dan kerenah saya yang cerewet dan pelik.... SAYA SAYANG IBU DAN AYAH & ENGKAULAH RATU HATI KU.....



2 comments:

♥♥ BfDaY gIrL ♥♥

Daisypath Happy Birthday tickers

aasssaa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers